-XOXO-


Saya memilih untuk menulis dalam Bahasa Melayu sepenuhnya untuk post ini. (:
Hehe,, kan bagus jika kita berkawan macam ini dari dulu. Tak perlu kita saling musuh memusuhi dan benci membenci. Antara kita pernah mempunyai rasa sayang dan cinta sebelum ini. Kenapa pula rasa itu harus bertukar menjadi benci ?? Marah ?? Dengki ?? Dendam?? Atau sebagainya ?? Saya tidak menyalahkan kamu mahupun saya. Mungkin kerana tekanan perasaan yang membuatkan perasaan itu timbul dalam diri kita. Mungkin juga kita masih memerlukan ruang dan waktu untuk menerima keadaan sebenar diatas apa yang terjadi diantara kita. Kita memerlukan waktu untuk menilai, memikir dan menerima semua yang terjadi. Tapi syukur sebab kini hubungan antara kita semakin pulih. Semakin baik. Saya dan kamu sudah mula boleh bertegur siapa. Kita sudah mula berbaikan walau tidak sebaik mana. Saya rasa bersyukur. Amat bersyukur. Terima kasih KAMU sebab masih ada rasa kesudian untuk bertegur siapa dengan saya walau saya tidak pernah melakukan sebegitu. Mungkin kamu sudah cukup mengenali diri saya. Diri saya yang penuh dengan sifat tidak mahu mengalah. Saya tahu kamu amat memahami saya sepenuhnya tidak seperti saya yang tidak pernah memahami kamu sepenuhnya. Saya tidak mahu kita bergaduh apa lagi bermusuhan. Jauh sekali disudut hati saya berharap supaya kita dapat berkawan baik dan bercerita diantara satu sama lain. Kadang-kadang saya terfikir untuk menjadikan kamu sebagai kawan baik saya tapi saya tahu tidak mungkin itu berlaku antara saya dan kamu. Tetapi tidak mengapa. Berkawan dengan kamu sahaja sudah cukup memadai bagi saya. Yang penting tiada perasaan benci dan dengki lagi dihati kita. Sekarang semuanya sudah kembali pulih. Saya dapat menarik nafas lega. Sekali lagi, terima kasih KAMU........ :)

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.